Rabu, 21 Mei 2008

Aktiviti PSS 2008






Januari
1. Penyampaian watikah pelantikan Pengawas PSS
2. Pelancaran Program NILAM 2008 oleh Yang Berusaha, En.
Ahmad Sanee b Zainal Abidin, Pengetua Kanan SSMK Idris Shah, Gopeng.
3. Gotong-Royong-Menceriakan PSS.



Februari
Program Bumi Hijau - Gotong Royong bagi mewujudkan Laman P&P oleh Pengawas PSS di Blok A.



Mac
1. Program Membaca-kesinambungan Program NILAM.
2. Temuduga Pengawas-Pengawas PSS Baru.



April
1. Kursus Orientasi bagi Pengawas-Pengawas Baru.
2. Kursus Kepimpinan bagi Pengawas-Pengawas Sekolah, PSS, Koperasi dan Ketua Tingkatan.

Mei
Peperiksaan Pertengahan Tahun

Latarbelakang Sekolah

SMK Idris Shah terletak di pekan Gopeng, kira-kira 17 km dari Ipoh. Sekolah ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak iaitu Almarhum Sultan Idris Shah pada pertengahan tahun 60 an. Terdapat 7 blok iaitu Blok A bagi pentadbiran, Blok B, C, D dan F menempatkan kelas-kelas. Blok E terletak PSS di tingkat atas, yang bersebelahan dengan Bilik Kaunseling. Blok G pula adalah makmal MPV.
Kerja-kerja menaiktarafkan Blok A iaitu di bahagian pejabat sedang berjalan dan Blok C pula akan diruntuhkan dan akan diganti dengan bangunan bertingkat. Dipercayai kerja-kerja pembinaan akan bermula dalam sedikit masa lagi.
SMK Idris Shah juga telah mencatat sejarah apabila kelas Rancangan Khas (RK) dimulakan buat julung-julung kalinya pada tahun 2008. Pelajar RK ditempatkan di 2 kelas di Blok F.