Rabu, 21 Mei 2008

Latarbelakang Sekolah

SMK Idris Shah terletak di pekan Gopeng, kira-kira 17 km dari Ipoh. Sekolah ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak iaitu Almarhum Sultan Idris Shah pada pertengahan tahun 60 an. Terdapat 7 blok iaitu Blok A bagi pentadbiran, Blok B, C, D dan F menempatkan kelas-kelas. Blok E terletak PSS di tingkat atas, yang bersebelahan dengan Bilik Kaunseling. Blok G pula adalah makmal MPV.
Kerja-kerja menaiktarafkan Blok A iaitu di bahagian pejabat sedang berjalan dan Blok C pula akan diruntuhkan dan akan diganti dengan bangunan bertingkat. Dipercayai kerja-kerja pembinaan akan bermula dalam sedikit masa lagi.
SMK Idris Shah juga telah mencatat sejarah apabila kelas Rancangan Khas (RK) dimulakan buat julung-julung kalinya pada tahun 2008. Pelajar RK ditempatkan di 2 kelas di Blok F.

Tiada ulasan: